Nuffnang Ads

LIST TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR BAHRU

February 03, 2015

hi guys, lama xpost ap2...bersawang blog ni hihih...without further delay ini adalah list tempat makan berdasarkan jenis makan yang anda patut cuba di JB. sy akan review lebih detail dr layanan dan jugak cara order n etc kalau sy ad msa. but not for now

chicken chop -Angah DC, Hutan Bandar and it-rough
asam pedas -masuk dlm UTM ad satu kedai asam pedas (sedap n murah setakat ni sy cuba, kalau siapa tahu Embun cafe kat Tmn Universiti mesti tahu kedai ni)
Asam pedas bugis - Asam pedas ikan sembilang Bugis (Taman Pulai Perdana)
Ayam penyet - Pinang (tapi tauke berkira sikit), Bibik dan Ayam penyet tiga abdul (sambal dia sedap) n ayam penyet cafe FBME, T02 UTM skudai pon sedap n kat Kg Pasir Putih pon ada jugak (ikut kwsan anda) hihihi
Nasi lemak - Nasi lemak wak kentut Kulai
Ice cream -The ice cream project
ABC dan Cendol -The Green Jade (Taman Universiti)
Soto - Soto Abu Hassan ( Kampung Pasir Putih)
Putu Bambu-Batu Pahat (femes xtaw nama kedai tp tepi jalan sebelum simpang empat
Nasi Beryani dan nasi ayam - Abu hassan catering (kat Skudai sblah skolah Sri Skudai)
Kedai makanan tengah hari- Gerai Bahagia dekat dengan Skolah Sri Skudai
Burger Jalanan- Ada pak cik jual burger berhampiran plaza pelangi, sedap n kdai dia even stall tp dapat gred B hokey!
makanan korea- eastern gate
Steamboat- Rawa
Roti nan cheese- Said Alwi (pulai) sedap mcm Pizza

bahasa orang johor yang korg jrg dengar atau korg slalu salah tafsir

February 01, 2011

cerita nya bermula apabila pada suatu hari. Tijah yang sedang mengantuk berkata seperti ini kepada yam: Ish...dah banyak kali aku sangap!. Yam yang pada ketika itu sedang mengunyah makanan terus memandang ke arah tijah sambil menjegilkan matanya. "hang cakap ap tijah?". "Apa? orang (orang johor bahaskan diri mereka) cakap orang sangap. nape?". "Hang giler tijah, cakap cam tu!" n then tijah pon figure out something di mana yam memaksudkan sangap itu adalah benda lain. "Sangap tu kan maksud dy, tttteeeetttttt". tijah: iye ke?. mana ad orang johor sangap tu menguap la yam n then saya pon realize yang meskipon saya menggunakan bahasa yang sama tapi tafsiran sangat berbeza. hehehehe....nak tahu apa lagi yang org johor guna tapi xsemestinya sama ngan korang x? cnthnya:

Bahasa              yang dimaksudkan oleh orang johor=yang korang paham/guna
Ronggeng          menari bersama-sama ngan pompuan kabaret= Melepak ngan kengkawan waktu malam
Rewang            menghadiri majlis kenduri bertujuan utk menolong=Buat benda xbaik ngan anak dara orang
Ice box             peti sejuk=kotak yang diletak ais
gentle               Berani=lemah-lembut
Bajek               poyo= -
terbegik            tercekik=-
gerobok           almari=almari usang
gebar               gebar=selimut
dowh               dok=dowh
main                bermain= tttttttteeeeeettttttt

Perasan x? org johor banyak meng+ve kan maksud untuk setiap perkataan. so, xheran kami bole sebut benda2 yang xsepaatutnya ngan sengaja. bukan niat sbb kami xmaksudkan benda tu pon. korang aje paham lain kan?selalu kalo korg cakap ngan orang Johor ada x dy kuarkan perkataan cam ni. Kita nak gi mana ek? 'ek' ni adalah specialty orang johor kalo cakap mesti ada benda ni. tapi bukan semua ayat bole letak ek taw hanya certain word yang rasa2  sedap n spontaneously kuar aje bole guna. kalo x jgn ngade2 duk guna. that's all aje tok ari ni.

Cara pemakaian minyak wangi yang betul

December 07, 2010

Minyak wangi digunakan adalah bertujuan memberi kesegaran dan bau yang enak pada tubuh. Tahukah anda penggunaan minyak wangi adalah berbeza dari satu individu ke satu individu lainnya kerana badan kita menghasilkan 'pheromones' yang berbeza. Minyak wangi anda seharusnya hanya dapat dihidu sekiranya seseorang itu berada berdekatan dengan anda dan sekiranya minyak wangi boleh dihidu dalam jarak yang agak jauh maka anda telah menggunakan minyak wangi secara berlebihan.

Tips semasa membeli minyak wangi
-Jangan menghidu minyak wangi yang berbeza pada satu masa. Biji kopi digunakan untuk meneutralkan setiap minyak wangi yang dihidu.
-Ketika mencuba minyak wangi, anda dinasihatkan untuk berjalan-jalan atau melakukan aktiviti lain seperti 'window shopping'supaya bau sebenar minyak wangi tersebut terhasil.
-Jangan dedahkan minyak wangi anda kepada matahari secara langsung

Kategori minyak wangi
-Perfume: Pekat
-Eau de parfum: Ringan
-Cologne: paling ringan
-Essential oil: bau-bauan natural

Cara penyimpanan
-elak daripada terkena cahaya matahari secara langsung
-Simpan di dalam 'fridge' supaya bila kita sembur di badan, kita akan rasa segar dan sejuk

Cara pemakaian
-jangan sembur di baju sebab boleh merosakkan fabrik sebaliknya sembur di rambut atau kulit

-semburkan minyak wangi di titik nadi
*belakang telinga
*leher
*pergelangan tangan
*belakang lutut

-jangan tonyoh minyak wangi di pergelangan tangan tetapi tekan perlahan-lahan
-sembur minyak wangi sebelum memakai barang perhiasan